Monday, March 23, 2009

Baitulmuqaddis dan Islam

Bagi Muslim, Baitulmuqaddis ialah tempat ketiga paling suci dalam Islam. Apabila kembali ke sejarah Baitulmuqaddis kita dapat melihat bahawa kota ini mengalami kesengsaraan sebelum kedatangan Islam. Apabila orang Islam menakluk kota ini barulah kota ini mencapai ketenangan dan keamanan. Ramai pedagang-pedagang Arab berdagang di sini termasuklah dari Makkah dan Madinah. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Makkah. Apabila tentera Salib menguasai kota ini semua penduduk kota ini yang bukan beragama Katolik Roma dibunuh dengan kejam.
Selepas Salahuddin Al-Ayubbi menawan kota ini kembali, Baitulmuqaddis kembali ke zaman kegemilangannya. Orang Islam, Kristian, dan Yahudi dapat beribadat tanpa sebarang gangguan.

No comments:

Post a Comment