Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Solomon's Temple (Kuil Sulaiman).
Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan Solomon's Temple. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod the Great tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom.
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment