Monday, March 23, 2009

PALESTIN

Rencana ini berkenaan sebuah kawasan geografi. UntukPalestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan ini termasuk Israel, ialah "Israel Raya" (bahasa Ibrani: Eretz Yisrael), Kana'an dan Tanah Suci.
Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.
Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada "Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin.
Di dalam konteks Konfilk Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi. "negara Palestin",

No comments:

Post a Comment